Khamis, 26 Mac 2015

PAU KELAPA :)

   Assalammualaikum... sebenarnya Eyra tengah tunggu keputusan matrik dengan UPU sebab baru habis SPM kan.. Keputusan dah lama kluar. Result?? Ok lah, Semua lulus tp ada 1 subjek x kredit...biarlah keputusan tu.dah nasib kan.Mungkin tak cukup usaha selama nie...

    Ok yang dah berlalu biarkan berlalu. Sebenarnya nak buat pau ni pun sebab saya bosan duduk kat rumah. Nak kerja tp tu lah ibu dengan ayah tak bagi kerje...sebabnya saya pun tak tahu? Mula2 saya ketegak jugaklah..ye lahkan nak buat apa sepanjang berapa bulan nie kan. Bayangkan bulan 12 sampai bulan 4!!! nak dekat setengah bulan...wow...boleh mati kebosanan..nak buat lesen pun tak boleh. nak kluar dengan kawan pun tak boleh (kwan perempuan tau..single lagi :))...hmmm nasib. Jadi hari2 tu x tau nak buat apa selain kerje rumah....haih...

   Sekarang nie cerita pasal pau nie pulak...bahan-bahan nie kebanyakannya banyak beli kat Tesco je. Resepi pau nie pulak senang je dapat. Kedai runcit yang berdekatan banyak jual..

RESEPI PAU:


  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar yis segera
  • 1 sudu besar gula
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1/2 cawan air suam
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • sedikit garam

RESEPI INTI KELAPA:

  • 1/2 biji kelapa yang sudah diparut
  • secubit garam
  • seketul gula melaka yang sudah dicairkan


CARA-CARA:


  1. Masukkan 2 sudu besar yis segera (yis mauripan) dan 1 sudu besar gula di dalam cawan yang berisi 1/2 air suam.
  2. Kacau hingga sebati.
  3. Biarkan lebih kurang 15 minit sehingga ia berbuih.
  4. Di dalam bekas lain masukkan 2 cawan tepung gandum masukkan 2 sudu besar susu pekat manis, 3 sudu besar minyak masak,  dan sedikit garam 
  5. Uli doh tersebut dengan memasukkan air campuran yis tadi ke dalam bekas sedikit demi sedikit.( untuk elakkan tangan daripada melekat sapukan tangan dengan tepung)
  6. Biarkan doh naik sehingga dua kali ganda. Tutup dan rehatkan doh tersebut dengan tutup doh tersebut dengan plastik atau kain lembab. 
  7. Tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bulat-bulatkan.
  8. Leperkan doh dan isikan inti.
  9. Biarkan doh mengembang lagi.
  10. Sementara itu, panaskan kukusan. Bila air dah mendidih, kukus pau tadi lebih kurang 10 minit. Eyra guna alas pau ni guna kertas A4 putih yang dipoton 4.


CARA-CARA BUAT INTI KELAPA:

  1. Cairkan gula melaka di dalam periuk atau kuali.
  2. Setelah cair gula melaka tersebut masukkan kelapa yang sudah diparut.
  3. Goreng campuran tersebut sehingga naik bau.









        Nilah rupa bila yis tadi setelah biarkan dalam 15 minit.


                                                             Pemanasan gula melaka


                                               Bentuk-bentuk pau yang sudah siap :)












PUNCA MATA BERKEDIP SENDIRI

   Assalammualaikum, hari nie Eyra nak kongsi pasal mata berkedip dengan sendiri. Sebab sejak kebelakangan nie atau sejak 2 hari yang lepas. Sekarang nie pun mata kanan bawah asyik berkedip je. Rimas kadang2 tu. Nak taip laptop nie pun x brapa clear sangat. Tanda-tandanya ialah...

  • Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik
  • Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira
  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita
  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)
  • Kelopak mata kanan bergerak - beroleh keamanan. 
  • Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan. 
  • Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh.
  •  Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis. 
  • Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh. 
  • Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan. 
  • Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta. 
  • Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati. 
  • Ubun bergerak = berbahagia pada hari tersebut. 
  • Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan. 
  • Bibir bawah bergerak = akan menangis. 
  • Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik. 
  • Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan. 
  • Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang. 
  • Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan. 
  • Telinga bergerak-gerak = berkelahi. 
  • Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita. 
  • Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran. 
  • Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang. 
  • Bahu kiri bergerak-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua. 
  • Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala. 
  • Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta. 
  • Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata. 
  • Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia 

    Harap-harap apa yang ditulis nie betullah.. amin :) Dan harap2 keputusan matrik 2015 utk SPM14 nie beri keputusan yang positif..amin...

    Doakan saya yang terbaik....amin....