Khamis, 26 Mac 2015

PUNCA MATA BERKEDIP SENDIRI

   Assalammualaikum, hari nie Eyra nak kongsi pasal mata berkedip dengan sendiri. Sebab sejak kebelakangan nie atau sejak 2 hari yang lepas. Sekarang nie pun mata kanan bawah asyik berkedip je. Rimas kadang2 tu. Nak taip laptop nie pun x brapa clear sangat. Tanda-tandanya ialah...

  • Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik
  • Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira
  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita
  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)
  • Kelopak mata kanan bergerak - beroleh keamanan. 
  • Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan. 
  • Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh.
  •  Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis. 
  • Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh. 
  • Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan. 
  • Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta. 
  • Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati. 
  • Ubun bergerak = berbahagia pada hari tersebut. 
  • Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan. 
  • Bibir bawah bergerak = akan menangis. 
  • Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik. 
  • Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan. 
  • Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang. 
  • Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan. 
  • Telinga bergerak-gerak = berkelahi. 
  • Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita. 
  • Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran. 
  • Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang. 
  • Bahu kiri bergerak-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua. 
  • Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala. 
  • Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta. 
  • Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata. 
  • Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia 

    Harap-harap apa yang ditulis nie betullah.. amin :) Dan harap2 keputusan matrik 2015 utk SPM14 nie beri keputusan yang positif..amin...

    Doakan saya yang terbaik....amin....

1 ulasan: