Rabu, 12 Ogos 2015

KARANGAN STPM (PENGAJIAN AM)

ESEI PEMERDAGANGAN MANUSIA


Image result for pemerdagangan manusia


SOALAN LATIHAN :

Isu perdagangan manusia dikatakan semakin meningkat di Malaysia. Hal ini sebanyak sedikit telah menjejaskan kedaulatan Malaysia. Bincangkan.


    Sejak kebelakangan ini, isu pemerdagangan manusia menjadi isu global di serantau negara. Pemerdagangan manusia boleh ditakrifkan sebagai bentuk perhambaan pada masa kini. Malaysia dikatakan menjadi tempat paling strategik untuk sindeket-sindeket memperdagangkan manusia. Contoh pemerdagangan manusia yang sering berlaku adalah penjualan organ manusia, sindeket pelacuran dan kerja tanpa gaji kepada buruh-buruh asing.

    Penguatkuasaan undang-undang yang kurang berkesan merupakan punca peningkatan pemerdagangan manusia ke negara Malaysia. Terdapat beberapa lokasi strategi seperti lapangan terbang, pintu masuk sempadan atau pelabuhan menjadi tumpuan agen-agen khas yang dilantik sindiket bagi berurusan dengan pihak berkuasa meneruskan aktiviti penyeludupan manusia. Terdapat juga segelintir pihak berkuasa yang diamanahkan untuk bertanggungjawab menjaga sempadan seperti pihak polis dan pegawai kastam bertindak mengambil rasuah daripada sindiket dan bertindak memandang sebelah mata sahaja. Sejak empat tahun lepas, terdapat 416 kes penguatkuasaan pemerdagangan orang berjaya direkodkan.

    Selain itu, pendedahan yang kurang mengenai jenayah penyeludupan manusia. Kebanyakkan warga asing mudah tertipu dengan agen-agen sindiket yang membawa mereka masuk ke sini. Mereka dijanji dengan janji-janji manis seperti peluang pekerjaan yang lebih lumayan dan keadaan ekonomi yang lebih terjamin. Rakyat tempatan sendiri juga kurang memberi maklumat mengenai kewujudan jenayah ini kerana mereka juga tidak tahu bahawa jenayah ini sudah menjadi salah satu musuh negara yang berada di tahap yang agak membimbangkan.

    Di samping itu, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat juga merupakan faktor tarikan pemerdagangan manusia berlaku di Malaysia. Permintaan guna tenaga buruh asing yang tinggi di Malaysia oleh majikan tempatan disebabkan faktor perbelanjaan yang murah. Terdapat pelbagai pekerjaan yang dilakukan oleh mereka seperti perkhidmatan, perlombongan, perkilangan dan pertanian. Rakyat asing yang kurang berpengetahuan mengenai jenayah ini tertarik untuk datang ke Malaysia kerana dijanjikan peluang pekerjaan yang menghasilkan gaji yang lumayan. Namun pada hakikatnya mereka ditipu dan diberi kerja sebagai hamba, pelacur atau buruh paksa yang tidak dibayar gaji dengan setimpalnya.

    Disebabkan masalah ini, jenayah ini telah mendatangkan pelbagai kesan negatif yang turut menjejaskan kedaulatan Malaysia. Kesan utama yang menjadi punca adalah mencemarkan nama baik Malaysia dalam arena antarabangsa. Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu pemerdagangan manusi bukanlah pencapaian yang patut dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Malahan kedudukan ini menunjukkan negara lemah dalam mentadbir negara dan memperkasakan undang-undang. Masalah ini juga menjejaskan pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Pelabur-pelabur asing akan berasa ragu-ragu untuk melabur di negara ini kerana gagal menunjukkan keprihatinan terhadap isu global ini.

    Seterusnya, hubungan diplomatik Malaysia dengan negara luar juga akan turut terjejas. Hal ini demikian kerana penyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang berlaku dapat menjejaskan sedikit sebanyak hubungan diplomatik antara negara. Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat. Terdapat segelintir majikan yang bertindak kejam seperti diberi makan hanya sekali dalam sehari, dipukul dengan kuat dan tidak diberi gaji kepada amah mereka bukanlah tindakan yang wajar yang patut dilakukan.

    Kesimpulannya, isu pemerdagangan manusia adalah isu serius yang patut dipertanggungjawabkan kepada semua pihak. Sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan perpaduan kaum, kita hendaklah berganding bahu bagi memerangi isu ini. Kerajaan hendaklah memperkasakan dan memperincikan lagi masalah ini agar tidak berlanjutan. Aktiviti ini perlu dibanteras untuk memelihara ketenteraman dan keselamatan negara. Kita tidak boleh bersikap 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Masa depan generasi yang akan datang akan terabai jika masalah ini tidak ditangani segera.


sekian, terima kasih...

9 ulasan:

  1. Thanks! Isi yg tepat dan lengkap. Keep up the good work!😊

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah,,sgt membantu😌Terbaik!👍

    BalasPadam
  3. Do this hack to drop 2lb of fat in 8 hours

    More than 160,000 men and women are losing weight with a simple and secret "liquid hack" to lose 2 lbs each night in their sleep.

    It's scientific and it works every time.

    Here's how to do it yourself:

    1) Get a clear glass and fill it with water half the way

    2) Then learn this strange HACK

    so you'll become 2 lbs skinnier when you wake up!

    BalasPadam
  4. Nak tanya,ni soalan tahun berapa ye stpm dan sem berapa

    BalasPadam
    Balasan
    1. sem satu topik 9 tapi tak tahu tahun bile hehe

      Padam