Kegiatan jenayah yang membabitkan pemerdagagan manusia kini menjadi
isu sejagat. Bincangkan aspek kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara
jiran untuk menangani masalah tersebut.
Pemerdagangan manusia
merupakan kegiatan jenayah yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga
kerja dan perkhidmatan seseorang melalui paksaan atau kerelaan. Kegiatan ini
termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan
atau menerima seseorang. Jenayah pemerdagangan manusia menjadi semakin serius
dan ini menjadi isu global. Hal ini demikian kerana bukan sahaja Malaysia yang
dipilih sebagai destinasi malah negara-negara jiran juga dipilih sebagai
destinasi untuk melakukan kegiatan pemerdagangan manusia. Oleh itu, Malaysia
dan negra jiran harus mengambil tindakan untuk menangani kegiatan jenayah ini.
Antara aspek
kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani masalah
ini adalah mengetatkan kawalan sempadan. Sempadan merupakan perjalanan sindiket
untuk memasuki ke sebuah negara demi melakukan pemerdagangan manusia. Oleh sebab
itu, Malaysia dan negara-negara jiran harus mengetatkan kawalan di sempadan
dengan menambahkan bilangan pegawai yang meronda. Apabila kawalan di sempadan
telah diketatkan, sindiket tidak dapat memasuki ke sebuah negara dengan mudah. Dngan
ini, pegawai imigresen di sempadan negara masing-masing boleh menangkap
sindiket yang mencurigakan. Contohnya, pegawai imigresen di sempadan negara
boleh menjalankan pemeriksaan yang teliti terhadap kemasukan orang asing. Jelaslah,
Malaysia dan negara jiran perlu mengetatkan kawalan sempadan untuk mengatasi
kegiatan jenayah ini.
Selain itu, aspek
kerjasama yang lain antara Malaysia dengan negara-negara jiran adalah saling
menukar menukar maklumat penjenayah yang sering disenaraikan dalam senarai
hitam dan senarai orang kehilangan. Tindakan ini adalah untuk saling memahami
pergerakan penjenayah dan mengenal pasti orang yang hilang. Dengan adanya
maklumat semasa, ini telah memudahkan kerja pegawai kastam dan polis untuk
menangkap sindiket serta mengenal pasti orang yang hilang. Ini bukan sahaja
dapat menghalang lebih banyak pemerdagangan manusia berlaku, namun juga dapat
mencari orang yang hilang. Contohnya, Malaysia dan negara jiran boleh saling bertukar
maklumat penjenayah supaya negara lain boleh membantu untuk memberkas sindiket
tersebut. Intihanya, penukaran maklumat perlu dilakukan agar kegiatan
pemerdagangan manusia dapat diatasi.
Untuk meningkatkan
ekonomi di negara-negara masing, penambahan pelaburan asing juga boleh
dijadikan sebagai satu aspek kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara
jiran untuk meningkatkan ekonomi negara. Jika kita ingin meningkatkan peluang
pekerjaan di negara, kita harus meningkatkan ekonomi negara. Pihak kerajaan
boleh menambahkan tapak perindustrian untuk menarik minat peabur asing. Apabila
negara kita boleh mendapat pelaburan daripada pelabur asing, pengaliran wang
asing dapat membantu untuk meningkatkan ekonomi negara. Contohnya, projek
pelaburan yang menarik minat pelabur untuk meneruskan pelaburan akan memberi
modal yang cukup untuk meningkatkan ekonomi negara. Jelaslah, peningkatan
pelaburan asing dapat meningkatkan ekonomi negara.
Di samping itu,
peningkatan peluang pekerjaan dengan cara yang sah merupakan salah satu aspek
kerjasama Malaysia dan negara-negara jiran. Salah satu punca yang menyebabkan kegiatan
pemerdagangan manusia berlaku ialah peluang pekerjaan yang rendah di negara
asal. Rakyat yang tidak dapat pekerjaan di negara asal akan mencari peluang
pekerjaan di negara lain dan ini menjadi umpan sindiket untuk memerangkap
rakyat. Pihak kerajaan boleh membekalkan kerja di tapak perindustrian dan
pembinaan untuk rakyat asing untuk memenuhi keperluan tenaga buruh. Contohnya,
pihak kerajaan boleh memberikan pekerjaan dalam sector industri untuk
mengekalkan pengeluaran yang sepatutnya. Oleh itu, pihak kerajaan di negara
masing-masing perlu menyediakan saluran yang betul dan sah supaya rakyat tidak
akan terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia.
Seterusnya, aspek
kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara jiran adalah membekalkan tenaga
buruh dengan cara yang sah. Apabila negara dalam proses pembangunan, banyak
tenaga buruh diperlukan dalam bidang penanaman, pembinaan dan perkhidmatan. Untuk
membekalkan tenaga buruh dengan cara yang sah, pihak kerajaan harus memberi
permit kepada buruh asing. Apabila buruh asing diberi permit untuk bekerja di
negara kita, sindiket tidak mempunyai peluang untuk memperdayakan rakyat dengan
cara yang haram. Contohnya, pihak kerajaan boleh mengadakan Program 6P untuk
memberi permit kepada buruh asing dan Akta Antipemerdagangan Orang 2007 untuk
menjaga kebajikan buruh asing. Intihanya, Malaysia dan negara jiran perlu
mengupah buruh dengan cara yang sah supaya sindiket tidak mempunyai peluang
untuk melakukan kegiatan pemerdagangan manusia.
Konklusinya,
kegiatan pemerdagangan manusia memang satu jenayah yang harus dibanteras
bersama-sama oleh Malaysia dengan negara-negara jiran. Inilah salah satu punca
yang menyebabkan kehilangan kanak-kanak dan hal ini telah membimbangkan para
ibu bapa. Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama untuk membanteras kegiatan
jenayah ini agar keselamatan dan keamanan rakyat dapat dijamin.
(663 patah perkataan)
contoh karangan ini amat bagus dan berguna
BalasPadamDo you understand there is a 12 word sentence you can say to your partner... that will induce deep feelings of love and impulsive attraction to you buried within his chest?
BalasPadamThat's because hidden in these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's instinct to love, idolize and protect you with all his heart...
12 Words Will Fuel A Man's Love Response
This instinct is so hardwired into a man's brain that it will drive him to work better than ever before to make your relationship the best part of both of your lives.
Matter-of-fact, triggering this mighty instinct is absolutely essential to achieving the best ever relationship with your man that as soon as you send your man one of these "Secret Signals"...
...You will soon notice him expose his soul and mind to you in a way he's never expressed before and he will see you as the one and only woman in the world who has ever truly fascinated him.